Friday, October 21, 2016

Sambutan Hari Lahir Akid



Assalamualaikum,


Aku dan suami dah buat perancangan nak sambut birthday Akid sejak dia lahir lagi. Haaa, Over kata kau .. Lepas berlangsung majlis akikah Akid kami terus buat perancangan awal .. Senang weyh nanti .. Bila kau dah discuss semua benda nie, kau hanya perlu jayakan jea ..


So dari awal lagi aku dah bagitau dekat suami, lokasi majlis nanti kita buat dekat rumah MIL (Mother in Law) jea .. Sebab utama kau boleh save budget tanpa perlu bayar sewa dewan sebab jemputan kau dah tentu sedara mara .. Dan bila segala pak mak abang dan kakak sedara berkumpul dah tentu berkurun dorang lepak menyembang ..


Jadi dari awal aku dah inform dekat suami aku, untuk pesan dekat MIL & FIL pasal majlis nie. Sebulan awal tue pulak aku mulakan pencarian goodies bag, kek bufday, segala persiapan party .. Aku tak suka buat kerja kelam kabut nanti aku jadi baran, habis segala benda tak jadi ..


Ok, untuk goodies bag nie, aku memang plan nak buat DIY jea ... Tapi kau paham sendiri lah bila dah dasar pemalas tambah pulak aku macam tak cukup masa dan bukan kreatif jadi aku biar kan orang yg pakar buat .. Aku minat betul goodies bag yg pakai paper brown bag tue .. Bagi kau macam jimat plus cantik dan kau sendiri boleh customize kepada apa yg kau suka ..


Aku biarkan Mr G yang buat kerja, ntah macam mana aku boleh terjumpa satu page facebook pasal goodies bag nie .. Aku selongkar segala album dan details dan segala bagai untuk pastikan aku tidak ditipu bila dah confirm nak ..


Goodies Bag


Owner bisness nie suami isteri .. Dan orang yg telah melayan segala kerenah aku nie wife dia Pn Nadia. Very soft, aku sarankan korang Whatsapp jea terus dari korang inbox. Whatsapp akan lebih cepat dilayan dari korang dok IM, DM, PM kea .. Tanya jea apa korang nak macam mana design korang nak, In shaa Allah dorang boleh buat ..


Bagi aku harga yg ditawarkan berpatutan dengan keadaan ekonomi sekarang .. Sekarang GST 6% tahun depan 2017 naik 8% .. hmmmm ... kemurungan aku .. Hahahaha ..


Nama FB: ShahNad Creative Design ( SCD )

Name Instagram: shahnadcreativedesign

Whatsapp: 016-8576830


Sebelum siap sepenuhnya




Haa nampak tak owner dah up pic goodies Akid. Nie semalam owner up ... Myb dia tak ada masa kan, asalkan ada ok lh bg aku .. Tue adalh design yg aku pilih .. DOMO .. Kenapa DOMO, sebab aku punya sukalh .. Korang nak letak muka sendiri pun boleh weyh .. Tak ada masalah ..


Birthday Cake





Nama FB: Zoora Cake Station

Whatsapp: 013-2048781

Boleh Call: 014-2377098





Aku kenal akk yg buat kek dari satu group FB. Aku post lh tanya ada sesiapa yang jual kek bufday yg murah area PJ terus ramai yang tag owner kedai .. Dalam antara ramai penjual tue, ntah kenapa aku boleh terus bukak page akak nie, terus whatsapp tanya details .. Sebelum tue aku amik semua pic kek yang aku kenan ..


Akk nie peramah sangat, masuk kepala weyh .. Sempoi jea bila kau sembang dengan dia .. Baik dan cantik taw .. Bila kau sembang dengan dia walau dalam whatsapp sekali pun macam dh lama sangat kenal .. Alhamdulillah, ramai puji sedap .. Aku pilih domo sebab aku suka .. Tue jea .. Hahaha .. Kek yg aku pilih nie, 1.5kg Vanilla sponge kek .. Ada banyak jenis lagi, tapi aku buat ikut bajet sendiri ..


Bisness akk nie di Rawang, jd orang rawang memang tak ada masalah nak pick up .. Orang jauh kena deal nak pick up dimana ..




Invitation Card nie aku buat sendiri jea pakai microsoft word 2013. Pepandailah nak deco macam mana jemputan tue kan .. Yang penting semua details ada .. Jadi orang tak susah nak cari kau tanya kau call kau .. 



Akhir sekali,

Segala belon tue, aku beli dekat GM Klang 1st floor .. Tulisan A K I D  1  tue RM3.00 satu. Murah kan, aku pump sendiri jea .. Pump tue aku beli harga RM5.00 dari RM7.00 sebab aku dah beli banyak kan .. Belon satu plastik ada 100 untuk RM15.00 .. Kedai mana? Aku dah tak ingat, hihihi .. pepandailh korang cari dalam GM tue ..



Happy Birthday Baby MAR !! Ibu Ayah sayang Akid sangat2 ... WeLapU !!!


Lots of love,
NR

Wednesday, October 19, 2016

Selamat Hari Lahir MAR ..


Assalamualaikum sayang ibu,



Terasa cepat masa berlalu dalam ibu tak sedar anak ibu dah genap usia setahun.

I'll miss the days i had to carry you everywhere, the days i could just wrap you in a blanket and carry you around my arms .. on my chest .. keeping you close to my heart .. listening to every breath you take .. every small movements you made ..


Ibu dan ayah doakan Akid menjadi anak yang soleh, diberi kesihatan yg baik dan sentiasa dilindungi Allah. Semoga akid sentiasa dirahmati dan berjaya dunia akhirat.

Akid jgn risau kalau ada another Raid's, you will always be my first love, forever and always.

One day i hope you get to read all this and smile and know how much we loved you and how much happiness you brought into our life's

I love u so much sayang. Mini me.
Happy birthday Muhammad Akid Raid 💕

Lots of love,
Ibu


p/s  Akid lahir pada 13.10.2015.

Friday, September 9, 2016

Perkembangan Muhammad Akid Raid


Assalamualaikum,

*Memory untuk diri sendiri

MAR lahir pada 13.10.2015. Lambat 6 hari dari due date 07.10.2015. Lahir tepat pada jam 04.02 pagi di Hospital Bersalin Razif, Klang. Kena ' sakit Kuning ' selama 1-2 hari sahaja. Rawat dengan cara Titis (titik) air anggur hitam di mulut, minum air halwa kundur (ambil sedikit saja, bancuh/kacau/goncang bersama air suam didalam botol susu), Mandikan bersama Nila biru.

Pada awal usia 1 bulan MAR alergic pada susu Similac (Hospital Razif bagi secara percuma), setiap satu jam akan buang air besar . Tempoh percubaan dalam masa seminggu sahaja. Alergic pada susu yang kedua, Lactogen .. Satu badan naik ruam . Tempoh percubaan dalam dua minggu . Pediatrician suggest Susu Enfalac A+ Rumusan Khas (Gentlease) dan berterusan sehingga MAR 6m+. Then we decide untuk tukar kepada Susu Enfalac A+ Step 1 (Kuning/Gold). Dan pada 9m+ we decide untuk tukar sekali lagi kepada Frisolac Step 2.

MAR boleh meniarap pada usia 2m26d dan pada usia 3m baru kuat untuk angkat kepala/dada sambil meniarap dan mula menjulur/melunjur pada usia 4m+

Mula tumbuh 2 batang gigi di bahagian bawah pada usia 7m+ selepas demam panas selama 4 hari diusia 6m dan bersambung pada minggu yang berlainan. Itulah demam yang pertama selepas lahir. Dan mempunyai 6 batang gigi secara keseluruhan.

Mula merangkak pada usia 8m dan boleh duduk secara sendiri pada usia 9m27d. Dan sekarang sedang cuba untuk berdiri secara sendiri pada usia 10m+. Lagi sebulan MAR akan masuk Setahun. How time flies ~

Cerita ini ditaip hanya untuk ingatan kepada diri sendiri. Blog aku suka hati aku lah. Kahkahkah.

Lots of love,
NR

Resepi Carbonara super simple


Assalamualaikum,



Aku saja nak share resepi faveret aku dari zaman kocik kocik lagi - Spaghetti Carbonara. Resepi nie aku pepandai sendiri ubah dari resepi asal yang ada di google. Hahahaha ... bukan ada secret recipe pun cuma saja nak karang kot kalau aku malas nak buka buku, aku tengok kat blog sendiri jea.


Bahan - Bahan


1. Minyak Zaitun (Olive Oil)
2. Bawang Besar dipotong dadu kecil. ( Aku guna bawang merah kecik jea)
3. Bawang Putih dicincang halus
4. Fillet/Isi Ayam di potong comel
5. Udang yang dah dibersihkan/disiang
6. susu full cream dutch lady (aku guna 1 botol kecik)
7. 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom 
8. lada hitam yang ditumbuk halus
9. 1 (&/or) 2 biji telur (Ikut kelemakan sendiri)
10. Parmesan Cheese
11. Paket spaghetti (aku pakai jenama San Remo (Angel Hair)
_________________________________________

12. Daun basil kering (Optional)

13. Garam (Optional)

Cara - cara


Rebuskan spaghetti dahulu bersama setitik dua olive oil selama 10-15mnt bergantung kepada kelembutan spaghetti. Olive oil membantu spaghetti dari terikat/melekat.

1. Panaskan olive oil ikut kesesuaian hidangan. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. Kemudian masuk kan isi ayam dahulu. Bila agak2 ayam dah masak, masuk kan udang atau sotong. ( yang ney tak boleh masak lama nanti keras dan mengecut)


2. Bila semua bahan diatas tadi dah masak, masuk 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom. Kacau sekejap dan masukkan susu full cream dutch lady. Yang nie aku masuk kan setengah botol susu jea. Kena pandai agak. 

3. Kemudian masuk kan black pepper & daun basil. Kacau dan biarkan masak seketika.

4. Spaghetti yang dah direbuskan tadi boleh terus dimasuk kan dalam kuah carbonara. AIr spaghetti tadi boleh dimasukkan sekali untuk memekatkan kuah. 
* Bab ney aku tak buat, sebab nanti cepat muak.. Bergantung pada selera dan situasi. 

5. Kalau kuah agak pekat, campur kan sikit bersama air. Garam boleh diletak mengikut rasa kuah tue sendiri. 
* Aku tak letak garam sebab segalanya dah cukup rasa.

6. Bila semuanya dah rasa OK dah ikut selera tekak , tutup api dan korang letak telur yang sudah dipukul siap. Gaul rata. Telur nie nak bagi rasa lemak dan ia akan masak sendiri dengan bahang dari hidangan. Kalau nak lagi lemak letak 2 biji telur.
* Aku hanya pakai satu biji telur sahaja. Jangan letak telur waktu api menyala, nanti akan jadi scramble egg pulak. Pastikan api dah tutup baru letak telur.

7. Akhir sekali letak parmesan cheese.

** Kalau letak parmesan cheese, jangan letak garam. Nanti akan jd masin. 


Selamat Makan.

Lots of love,
NR


Thursday, September 1, 2016

Review Slow Cooker Elba



Assalamualaikum,


Entry yang lepas aku buat review Shake n Take 3 and Mini Steamer  entry kali nie, nak review slow cooker elba plak. Slow Cooker ney aku beli di web 11 street. Aku pilih slow cooker elba nie sebab kebetulan harga dia murah . Kalau tak silap aku RM 76.00 sahaja. Dan masa tue aku buat survay memang harga elba nie lagi murah dari product lain dan dari web lain. 11 street jual murah sikit. Hehe.



Memang best sangat pakai slow cooker nie. Mudah dan jimat masa. Aku biasa guna untuk masak bubur nasi sahaja, tapi sebenarnya slow cooker ney boleh masak bermacam jenis makanan. Korang search lah sendiri apa yang slow cooker boleh buat ok .. 

Biasa waktu malam aku akan siapkan barang untuk dimasuk/masak dalam slow cooker. Untuk bubur akid, aku gunakan beras perang sebabnya beras perang nie kurang kanji, jadi pencernaan anak pun in shaa Allah takan ada masalah . So far akid makan beras perang memang tak pernah sembelit ..


Beras aku basuh bersih2 buat sukatan air, aku siapkan ayam/ikan salmon, potong segala jenis sayuran cantik - cantik lepas tue masuk kan semua sekali kat dalam. Kalau sayur bayam biasanya aku stimkan jea, sebab nanti kalau layu sangat kurang khasiat sayur . 


Set kan kepada " Slow " mode, dan biarkan dia masak sendiri sepanjang malam .. esok pagi korang bangun hasilnya seperti bubur Mcd .. Dulu masa Akid 6-7m memang aku kena blend nasi dia, lepas dah ada gigi bubur tadi aku hanya lenyek kan sikit - sikit jea sebab tekstur dia dah memang separa hancur dan lembut ..


Jadi memang puas hati aku beli tak rugi sebab kegunaan dia bukan hanya untuk masak bubur anak jea, makanan lain pun boleh .. Cuma kalau travel tue susah sikit . Kalau balik kampung kea, balik rumah mak mertua kea aku dah siapkan dulu bekalan makanan akid , cuma kalau habis tue, memang kena tanak atas dapur gas lah .. Hahahah ..


Lots of love,
NR

Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan pertama Akid dan persiapan raya



Assalamualaikum,


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua readers tak kira bangsa.. Ahaha. Kita kan satu malayssiiaa.

Tahun nie bagi aku special sikit dari tahun tahun sebelum belum dan sebelumnya. Dulu ngko membujang ditemani mak abah adik beradik sedara mara jea. Cuma beza tahun lepas ramadhan, rasa excited sebab dapat sambut dengan suami. Yealh baru pestime sambut puasa jadi laki bini, overlah sikit.

Tahun nie sebab adanya Akid, jadi aku lebih over excited dari tahun lepas. Muahahaha. Akid sepanjang ramadhan nie tak banyak kerenah. Macam biasa senang nak jaga. Cumanya bila waktu aku nak berperang kat dapur tue, seketul akid dah buat hal.

Mulalah nak suruh aku jadi Tarzan + Superwoman dalam satu masa. Anak aku nie jenis suka bebas. Tak suka duduk dalam baby coat tak suka orang pegang dia lelama. Kalau dah sampai masa dia kena 'berjimba' janganlah kau sibuk nak dukung kea nak tarik tali kea nak kurung kea. Melalak satu rumah, tanpa henti. *orangingatakuderanak *naknangistepipintu

Persiapan raya pun berbeza dari tahun lepas. Tahun lepas boleh lah nak melaram ngalahkan cheta tapi tahun ney semuanya sederhana. Segala kuih muih laki den request tak payah beli sebabnya tahun lepas tak ada sapa pun nak ziarah rumah weyh. Sudahnya kuih tue makan sendiri jea. *naknangis!

Tahun nie memang nampak pelaburannya kemana. Dengan ekonomi sekarang, susah sikit nak survive dengan gaji cukup makan. Rasa macam nak give up dengan Mr Raya. Tapi walau macam mana pun, dapat jugak merasa benda baru. 

Dengan perangai kawan yang macam HANJING tak reti nak bayar hutang. Adoii batal puasa tak sebut binatang tue?? Eh Eh Eh

Baju raya suami dan baju akid semua dah settle. Kalau kau tanya baju biasa untuk jejalan tue, bagi aku memang tak pernah cukup. Semua siap beli sebelum puasa. Gigih aku lawan sakit kaki semata mata nafsu. 

Kalau korang nak cari baju raya atau bags yang cantik yang kerllass yang lawa meletup boleh lah follow ig nie.

Instagram: arshop_line






Lots of love,
NR