Friday, June 26, 2015

Selamat datang :)



    Hello :) 

     Alhamdulillah diberi kesempatan lagi pada tahun. Memang malas dah nak ambil taw pasal blog, tapi sebabkan rindu nak buka, so amik masa sekejap nak update. Tahun nie, 2015 adalah satu fasa permulaan hidup baru. Serba serbi semuanya baru.

     Bermula pada Dec 2014, pada 19hb alhamdulillah aku sudah sah menjadi seorang isteri kepada kekasih lama.. Bukan senang nak tempuh semua cabaran yang ada, pasang surut hubungan semua orang pernah lalui. Dan alhamdulillah, kami dinikahkan pada hari jumaat jam 9.30 kalau tak silap atau pukul 10.00 pagi. Hehehe, sepatutnya pukul 9.00pagi, tapi disebabkan pengantin perempuan terlambat bangun untuk bersiap, maka terlambat lah acara dijalankan.

     Masa nak dinikahkan tue, punya duduk lama nak tunggu, sampai nak kebas kaki ddenn oii. Dan pada keesokan nya, majlis sebelah pihak perempuan dijayakan dan pada hari ahad pula, majlis sebelah lelaki diadakan.


     Dan kehidupan sebagai isteri pun bermula :'). Tanpa membuat apa apa perancangan, Allah maha besar lagi maha mengasihani, telah memberi amanah yang sedang membesar dengan baik (In shaa Allah) dalam perut nie haa.. :')

     
       Aku dapat taw keputusan pun, masa end of january awal tahun hari tue. Bila check sendiri, jadi gelabah aku, mundar mandir dalam rumah macam orang tak betul. Hahahaha, yealah tak percaya ada, sedih ada, gembira ada, eah semua adalah.


       Dan sekarang sudah bulan Jun, kita dah masuk pertengahan ramadhan dah :'). Alhamdulillah syukur dipanjatkan pada Allah. Sesungguhnya perancangan Allah tue hebat. Yang buatkan excited, maybe sebab aku adalah isteri orang yang akan beraya dengan seorang lelaki yang dipanggil... Husband. Dan, bump kat perut nie :') sebab tue rasa excited sangat.


       Itu jea lah pembukaan cerita untuk tahun 2015. Aku bukan seorang blogger yang aktif. Nak update selalu pun memang tak lah. So ikut mood, musim, keadaan. Pada mereka yang mengenali. Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak dan Selamat Hari Raya (In advance).


Lots of love,
NR