Friday, April 29, 2016

Tujuan Ber-Blogging?



Assalamualaikum,


Sebenarnya aku berblogging ney , tujuan bersaja-saja .. Orang ada aku nak ada .. Eheh ... zaman dulu, semua benda nak cuba ada .. Jadi ada kebanyakan post aku dah delete atas rasa post yang tidak kematangan atau terlalu sadis .. 

Jadi jangan pelik kenapa post aku sikit walau dah lama di industri ney .. eheh ..


Lots of love,
NR

Thursday, April 28, 2016

Shake N Take 3 & Mini Steamer


Assalamualaikum,


Entry yang lepas aku excited cerita pasal anak dah boleh makan sekarang aku nak kasi review sikit. Aku memang cadang nak beli baby bullet tapi disebabkan faktor was was jadi aku padam keinginan membeli. Jadi nak gantikan apa yang terpadam tue, aku decide beli Shake n Take sahaja.


Sumber ehsan dari Google

Barang ney aku beli dekat lelong. Korang daftar lah jadi ahli macam biasa, lepas tue godek sana sini amek mana berkenan, masuk dalam cart/wishlist,beli lepastu chaauu. Eheh, senang kan .. Kat sana ada ramai seller jadi korang kena buat pilihan dengan bijak rajin tengok komen tengok review segala bagai.


So far aku pakai shake n take ney, agak memuaskan .. Buat masa sekarang aku banyak blend berjenis berkategori buah dan sayur untuk akid .. Hasil pun, halus jea .. Ada jugak aku tapis sebab aku rasa tak smooth tapi sebenarnya itu hanyalah khayalan ..  Cuma bila kau blend tue akan ganggu halwa telinga seisi rumah sebab bunyi tak sehalus hasilnya .. Macam blender biasa lah bising sikit ..


Dan base dia plak, bila kau tengah syok blend tue akan terasa sikit panas .. Jadi kau berhenti sekejap, lepas tue sambung balik .. So far so good lah  .. Nanti nak try blend sejenis makanan yang lain pullakk .. 


Sumber ehsan dari Google

Yang ney aku beli khas untuk steam makanan baby .. Makanan yang keras tue elok steam dulu sebelum blend .. Saiz kecik senang, ada dua tingkat jadi kau boleh steam banyak makanan , sejukkan dan blend .. Just letak kuantiti air yang secukupnya dibahagian bawah , switch on dan tunggu sampai lampu padam .. 


Kalau tak silap aku beli di 11street .. Jadi korang rerajinkan dirilah buat survay ok .. So far aku pakai , ok lah .. Ada banyak kegunaan selain dari steam makanan baby .. korang carilah sendiri ok ..


Tue jea review yang ada, sebab yang lain tak pakai lagi ..


Lots of love,
NR

Wednesday, April 27, 2016

Food cup storage baby




Assalamualaikum.


Senang tak nak cari food cup storage untuk makanan baby? Kalau tanya kat aku, jawapan senang jumpa yang mahal susah jumpa yang murah .. hehehew .. Hari ahad yang dah lepas punya lepas, kebetulan kawan mak ada buat kenduri kawen adik dia kat shah alam .. Aku pun terus siap pasang niat, lepas majlis nak chau pergi dekat satu butik ney.


Sebenarnya jenuh jugak aku nak cari yang cantik , yang murah , yang kenan dihati .. heh, usya kat lazada kat 11street kat semua web lah senang .. Bila dah konon nak beli online tue mesti lah harga tak termasuk shipping kos .. search google bukak semua blog mak-mak tengok pulak butik mana yang jual. Ada satu dah kenan kat hati tapi harga mahal plak ..masa tue terus terpikir satu butik kat shah alam ney, sebab biras selalu sangat sebut 


Masa kami pergi tue orang tak ramai. Alhamdulillah sebab cuaca pun agak panas jadi malas nak berlama lama dalam kedai. Beli apa nak jea. Bila korang masuk, staff akan layan korang dengan ramah. Just bagi taw apa yang korang nak diorang akan carikan.


Kelebihan butik ney memang best, setiap barang yang bernilai RM10 kea atas akan dapat diskaun dan kalau nak jadi ahli pun daftar dengan hanya RM10 seumur hidup. Berbaloi dan jimat. Dorang akan bag kad ahli on the spot jugak, jadi kita tak kan tunggu lama. Just isi borang sahaja. Lokasi pun dekat2 jea dengan kawasan keliling dimana kita duduk. Dalam malaysia lah yea, eheh


Korang boleh check kat laman website dorang sendiri >> Butik Tateh

Jadi ini apa yang dapat aku beli:-


Brand Treenie
Rm21.20

Isi Dalam
.
.
.



Saiz 2oz
BIB Plastik
Rm9.00+

Freezer Tray
Rm19.90
.
.
.
.
.
Isi dalam



Barang yang lain aku dah beli dah. Cuma ney jea yang aku nak cari sangat sangat .. eehh ..


Lots of love,
NR

Thursday, April 7, 2016

Persoalan Makanan Asas Baby ..


Assalamualaikum,


Saja nak share pasal kes ney, memandangkan hari ney , bos balik awal sangat (sungguh awal sebab nak elak dari ditanya soalan pedas) , pukul 12pm caauu dah weyh.. Hahahadoi lah. Jadi disamping itu, semua staf pun bermalasan lah sebab big boss tak ada.

Aku pun mula lah bukak semua benda yang ada, blog lah , muvee lah , fb , twitter segala macam, sambil2 cari info yang aku nak. Tengah dok belek fb tetiba terJoiinn satu group baby ney. Dulu lagi dah join dah, lepas tue ada sorang Admin promote page dia, kita like lah. Info dalam tue berguna jugak.

Ada dua group mengenai makanan baby yang aku join. Satu public group , satu lagi private. Kalau private tue kau pepaham jea lah kena anta request dulu.

1.My Baby Homemade Solid Food - yang ney public . 

2. Baby Food & Tips Info By AA - yang ney private. 

Ada satu info yang aku dari page private yang aku rasa sangat berguna untuk masa akan datang dan sampai bebila yang aku nak share.


Persoalan Asas Makanan untuk Bayi
1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.
2) Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.
3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.
4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.
5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.
6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.
7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.
8) Bagaimana mahu buat puri?
Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google.
9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
Ya.
10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.
11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.
12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.
13) Bila boleh beri ikan?
Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.
14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.
15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.
16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?
Baca, faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim ini :
http://rendambijirin.blogspot.com/
17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.
18) Bagaimana penyediaan oats untuk dicampur dengan puree?
Ringkasnya, rendam oats dengan air melebihi paras oats. Letak 2 sudu jus lemon/limau nipis/cuka epal. Biar 7 jam. Lepas 7 jam, bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa. Campurkan dengan puri buah/sayur kesukaan anak.
19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.
20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.
21) Sepanjang anak berumur 6 bulan, hanya makan puree?
Secara umumnya, ya. Puri buah, puri sayur. 7 bulan boleh mula bubur nasi. Kemudian boleh campur bubur nasi dengan puri buah/sayur yang anak dah lulus 4-day-rule.
21) Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.
22) Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?
Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.
Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.
23) Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?
Puan Fiza Eliaza menjawab:
Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.
Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.
Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi.
24) baby sudah 8m..apa lagi menu yang bole kasi baby?
baby 8m dah boleh intro lebih sikit grains macam millet,quinoa,red rice,cous cous dan pasta..veges macam capsicum,cendawan,sayur daun hijau(kecuali bayam),beetroot..protein macam ayam,daging n kuning telur..dah boleh tumis,tambah rempah,tambah santan..4 days rules jangan lupa ya..termasuk rempah pun kene intro satu2 untuk 4 ari..
25) kalau sya intro puri pisang kt my bby 6m5hari perlu ke sya blend pisang tu?or memadai sy lenyekkan pisang n mix dgn ebm je?or perlu ke sy tapis lg pisang tu?
Intro samaada lenyekkan dan tambah sikit ebmpun boleh..atau pun puan letak dlm food feeder tu pisang, dan biarkan dia hisap sendiri
26) kenapa tak boleh letak gula dan garam dlm mknan anak berumur 2 tahun ke bawah?
Dalam setiap makanan sudah Allah jadikan masin, masam, manis, pahit semulajadi di dalamnya. Contoh rasa masin (celery), manis (keledek, labu), masam (tomato, oren) dan pahit (peria). Alangkah hebatnya Allah.
Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai.
Kalau tidak percaya, cuba sekali Puan makan nasi sahaja dahulu sebelum tambah apa-apa kuah/lauk. Bukankan rasa nasi itu lemak manis,
27) kentang bleh bg da kt bby 6m2w?kntg n sweet potato sme ke?
Kentang 8-10 bulan. Sweet potato = Keledek. Kentang berkanji dan tak banyak khasiat seperti keledek. Sebab itu tidak disarankan seawal 6 bulan sebab boleh menyebabkan sembelit.
28) menu nk buat cmpuran ikan cmner?..bby dh 8m..tgk cam dh jemu mkn cmpur ayam.
Ikan sebaiknya intro 10 bulan ke atas. Terbaik di usia 1 tahun. Ada Q&A mengenai perkara ini di komen-komen di atas.
29) Bila boleh intro bayam dan sayuran hijau?
Bayam, sayur hijau yang agak tebal daunnya 10-12 bulan.kalau baby ada masalah sembelit boleh lambatkan sikit sebab bayam tinggi zat besi yang boleh menyebabkan sembelit
30)tofu tu kalau dah bukak, dah guna separuh lebih nye mmg tak boleh simpan lebih sehari ye?? sebab bile simpan saya tgk warna bertukar kuning dan airnya pun bertukar warna
Saya simpan paling lama seminggu dear..masuk dalam bekas kedap udara pastu isi air sampai penuh..pastu tutup n simpan fridge..selang 2 ari tukar air. Saya sarankan ibu-ibu yang nak beri anak tofu, makan sama tofu tu. Jadi tiada pembaziran dan tak perlu simpan lama. Kita nak ajar anak makan makanan berkhasiat, maka kita pun kena makan juga. Tambah dalam sup sayur, buat tofu kukus berkuah etc. Google sahaja resipi untuk soft tofu.
31) honeydew bole buat puree ke?
Honeydew boleh 8-10 bulan
32) Mangga dan epal kena kukus juga ke?
Mangga masak ranum 6-8 bulan. Epal kena kukus. Mangga tak perlu. Yang penting mesti masak ranum.
33) Macam mana nak naikkan berat baby?
Extra virgin olive oil (EVOO) boleh bantu naikkan berat. Bayi 6 bulan belum boleh beri EVOO. Tunggu 7 bulan ke atas.
 

Aku rasa semua persoalan dah ada kat atas, cuma kena rajin baca supaya kita paham dan tak kelam kabut. Aku ney jenis kabut sikit. bhahaha.  


Lots of love,
NR

Anak dah boleh makan?


Assalamualaikum,

Minggu depan 13.04.2016 , anak bujang dah boleh makan. Umur sekarang pun dah 5m+ jadi aku rasa minggu depan tue dah boleh kot rasa solid food ney. Lagipun kalau ikut ibu2, memang biasa baby makan pada umur 6m. Jadi aku kelam kabut cari information kat mr google apa yang patut atau tak kita bagi pada anak untuk awal permulaan makan.

Aku rasa barang persediaan anak ney, tak banyak kot. Sekadar apa yang perlulah kan? Kea idok?

1.Pinggan/mangkuk & sudu garfu.
2.Bib
3.Blender 
4.Steamer
5.Baby food storage cups 
6.Rice cooker (slow cooker)
7.Kerusi
8.Food jar

Kalau senarai aku, yang kat atas tue lah. Tapi orang lain aku tak pasti. Ada macam jenis weyh food blender baby ney. Rambang mata cuma poket kau antara mampu dengan tak jea. Kalau ikutkan senarai aku,


Avent Philips
 Blender Avent ney , dorang cakap best and bagus. Tengok macam pic atas tue, kau terbalikkan jea benda alah tue bila kau nak blender selepas steam. Tak payah nak tunggu sejuk kea hapa .. Haa kan senang tue, saiz pun ngam jea. Tak gedabak tak kecik. Harga jea lah kau sanggup hadap kea tak. Rm400++-500++ kekadang Rm600++ up sampai Rm700++. *apasal suka sangat jual memahal eah.


Little Bean


Little bean ney function sama macam avent cuma saiz dea gedabak, yang kau nampak kosong tak ada bekas tue, untuk steamer.. Yang ada bekas tue, untuk blend. Tak pasti kena sejuk kan atau pun iddokk. Aku rasa kena kot sejuk kan dulu, kalau tak mesti dia dah buat sama sebijik macam avent, tapi dia asingkan. Harga little bean ney kalau tak silap Rm100++-Rm200+. Ok lah masih mampu kata orang. Tapi biras aku dah beli benda ney, kat butik tateh di shah alam tue. Tak kan aku pullakk nak makai benda yang sama. Nanti apa plak kata orang. *aku pun taw segan, nanti org asyik cakap meniru.



Baby Bullet

Antara bebanyak kan , aku kenan sangat dengan baby bullet ney. Sebab harga berpatutan. Korang cuba seacrh dekat lazada.com.my Lazada ataupun 11street . Adalah blender cute ney kat sana dengan harga yang berbeza. Memang kenan dan memang plan nak beli . Tapi sebelum beli memang aku ada google tengok review orang macam mana. Ada antara pengguna cakap Ok dan ada yang tak Memuaskan. Aku pun dah jadi was-was nak beli. 


Sebabnya semua bergantung pada nasib dan cara pemakaian. Kalau kena nasib aku tak ok, sudaaahh.. Mana nak caaikkk pengganti.. Sebab orang cakap spare part baby bullet susah sangat nak cari, jadi kenapa nak susahkan diri, walaupun kau cute terpaksa reject kau baby ooii.


Mini blender philips

Mini blender philips. Aku tak taw nama specific dea apa, aku panggil tue jea. Saiz dia kecik jadi korang boleh bawak kesana sini senang. Nak travel kt memana pun boleh. Sumbat jea kat dalam luggage korang settle dah. Tapi jangan lah sampai kena pecah plak, berjaga-jagalh yea. Harga murah dalam Rm100-200. Kalau tak silap ada dekat Lazada and 11street . Sebab aku selalu cari dekat dua tempat ney ja, kalau korang ada pilihan lain silalah buat pilihan sendiri. 


Blend ney tak khusus untuk makanan baby yea. Sebab benda ney macam blender biasa kita pakai untuk masak, cuma saiz mini jea. Tapi janganlah kau dah blend bawang cili bagai , lepastue tukar nak blend makanan anak. Jangan buat yea , kesian anak .. Kalau kau beli blender ney khas untuk anak, jadi khaslah untuk anak. Aku kenan jugak yang ney.


Akhir sekali....
Shake n Take
Shake n Take ney khas untuk buat jus. Kau blend buah segala bagai untuk dijadikan jus pakai blend ney lah. Tapi ada jugak aku buat research orang pakai blend ney untuk buat puree. Tekstur memang halus. *tengok dalam pic yang orang post.  Harga murah jugak kat Lazada & 11street . Jadi bolehlah kot kalau nak pakai benda ney.


Kalau bab blender ney jea lah yang dok mampu aku nak share, senang nak tengok balik masa akan datang. Kalau bab yang lain, kena pandai lagi buat survay. 


Lots of love,
NR