Friday, January 22, 2016

Hospital Bersalin Razif


Assalamualaikum.


Hari ney nak share pasal Hospital Bersalin Razif. Tempat aku berjuang lahirkan akid, yang aku datang buat check up dan macam2 lah kejadian yang tak duga.

Nurse dea ada yang baik ada yang so-so. Hahahaha, ikut nasib kau lah weyh. Kau bayar mahal kea lebih kea layanan dorang semua sama. Dan semua nurse hanya perempuan yea. Doc pun perempuan. Masa check up kau boleh request nak jumpa doc apa. Tapi masa kau nak bersalin kau tak boleh request nak doc mana, cuma kau boleh cakap kau nak doc perempuan jea.

Kalau tak silap owner dia Doctor Razif dan Wife dia Doctor Norana. Kalau masa check up kau nak jumpa doc razif pun boleh. Sebab ney kan Hospital pakar puan. Sejujurnya masa tue aku ada dua pilihan. Antara Hospital Umra di Shah Alam atau Hospital Razif di Klang.

Dah gaduh laki bini bincang tue ney, decide dekat Hospital Razif jea. Sebab antaranya adalah:

1.Kos bersalin normal start pada 01.08.2015 RM1800.
2.Check up paling minimum 2 kali dan harga dibawah Rm100
3.Harga check up murah
4. Orang tak berapa ramai pada weekday
5.Parking kereta tak ada masalah kalau emergency
6.Dekat dengan rumah mertua

Hospital Umra pun murah beb. Rm1600 normal. Ceaser Rm4000 lebih, yg ceaser sama macam Razif, normal jea lain. Dulu Razif harga utk normal Rm1600 tapi sebab apa ntah naik harga jadi Rm1800. Masa lahirkan akid pun lebih Rm10 jea. So total Rm1810 berbaloi lah dengan layanan dorang.

Yang sambut akid masa tue wife Dr Razif sendiri, Dr Norana. Ntah bila doc masuk labour room pun aku tak taw. Tapi doc ney baik taw. Sempat lagi bergelak lepas habis " kejadian".

Nak taw lebih lanjut korang boleh datang sendiri atau call Hospital ney.

Alamat:
No 33,35,37 & 39 Jalan Sri Sarawak 20A/KS2
Taman Sri Andalas, 41200 Klang

Tel: 03-33237394

FB: Link
Website: Link

Waktu Operasi:
Isnin - Sabtu: 8.00am - 9.30pm
Ahad: 8.00am - 1.00pm
Kes Bersalin: 24hour.

Lots of love,
NR

Thursday, January 21, 2016

October Baby


Assalamualaikum,


Bermulanya cerita October Baby.

September yang lalu , aku memang berdebar tunggu si kecik ney keluar. Orang cakap baby ney biasanya akan keluar cepat. Nak2 aku memang dah sarat sangat kan. Nak berjalan pun rasa macam nak mintak dukung sebab penat. Hahahaha, biasalah mood mengada dah sampai. Dan bulan tue memang melantak habis aku. Semua aku bedal, apa saja baby nak makan aku bagi. Tak nak baby mengidam lah katakan.

Jadi pada hujung bulan 9 tue, aku amek annual leave awal. Konon sebab nak buat preparation lah dengan excited kau nak ada baby padahal baby due date 07.10.2015. Aku gatal amek awal. Lepas apply cuti , bincang laki bini aku kena duduk klang rumah mertua sebabnya planning nak bersalin di Hospital Razif Klang. Nanti aku share pengalaman bersalin disana ok.

Jadi tunggu punya tunggu sampailah nak dekat due date, hati aku berdebar sangat sebab baby tak keluar lagi. Bayangkan macam mana perasaan aku masa tue. Aku pun search lah google cara2 macam mana nak keluarkan baby dari perut. Sebab dari baca dan cerita orang tue lh yang buat darah aku turun naik. Pengalaman orang semuakan tak sama. Apa yang paling aku risaukan saat tue aku takut baby aku lemas. Setiap saat aku cek pergerakan. Malah dalam tido pun bila terjaga first thing aku buat, aku goncang sikit perut sebab nak rasa pergerakan baby.

Search google buat bermacam cara. Ketuk ketampilah, jalan itiklah, mencangkunglah, bersama dengan suamilah, ada lagi banyak saranan orang. Tapi tak semua aku buat. Beragaklah kan, sebab masih ada nyawa dalam perut , salah buat jadi lain nanti. Masa tue tension jugak, bila orang sibuk tanya sana sini, " U dah bersalin kea? " padahal masa tue dah lepas due date. Kau rasa apa perasaan aku. Lelama aku pasrah jea, aku pujuk baby suruh dea keluar dan aku mohon pada Allah semoga aku dan baby selamat. Tue jea aku mintak. Aku dah tak amek pusing lagi kata2 orang. Semuanya kan ketentuan Allah.

Aku dengan suami dah puas pikir cara, sebab aku tanak baby ada masalah kat dalam. Sampai menangis dekat suami. Hahahaha. Suami aku ney pulak rajin mengajak aku berjalan, exercise kata dea. Yang tue pun salah satu cara jugak. Lepas tue konon aku dah keluar tanda, bila cek rupanya tue bukan. Masa doc cek tue, memang dea seluk jea kedalam sebab dea nak tengok bukaan cm. Lepas dea seluk darah akan keluar, yang  tue adalah normal. Masa memula aku pun tak taw.

Balik macam biasa, berjalan sana sini macam biasa. Darah plak keluar macam kita period biasa, sampailah masa tue aku dengan suami baru nak berjalan masuk The Curve, Damansara. Aku macam dah rasa satu ketulan keluar. Kelam kabut cari toilet, bila tengok kesan berwarna coklat. Aku cemas , bagi taw suami ajak dea pergi hospital yang terdekat. Selayang lah jadinya, bila doc cek, fake rupanya. Baby kalau dah berak dalam perut najis warna Hijau. Aku kan tak ada pengalaman, ingat baby dah lemas. Sebab dah overdue kan.

Hari berlalu macam biasa, aku masa tue pun redha jea. Aku percaya dengan kerja Allah. Hari ahad, pada 12.10.2015 mak mertua ada buat kuih cekodok pisang. Masa aku dapat taw aku menangis, hahahha. Dah kenapa kau. Puncanya sebab aku dah lama mengidam, tapi tak dapat. Lepas makan2, suami ajak keluar berjalan. Kitorg pergi kea tempat yang aku tak pernah pergi. IOI City Mall Putrajaya, aku cakap dengan suami teringin nak pergi sana. Memula suami aku malas nak layan, bila dah desak aku dah merajuk dapatlah berjalan kea sana. Untung aku pregnant kehkehkeh.

Mall dea punyalah besar. Giler besar sampai aku excited tak taw nak mula dari mana. Bermula lah exercise aku. Habis satu mall aku tawau. Dan masa tue perut dah mula tunjukkan rasa sakit. Aku ingat biasalah, sebab aku aktif berjalan so maybe perut kejang sikit. Anggapan aku macam tue. Bila sakit aku berhenti tepi. Sampai dah habis satu mall aku tawau, kitorg balik lah. Sampai rumah mertua nak dekat maghrib. Lepas tue dalam pukul 9 atau 10 kea atas, perut aku dah start sakit setiap sejam. Baru ku taw tue adalah mild contraction.

Nak tido masa tue memang payah, aku guling sana sini setiap sejam beb. Badan masa tue memang tak tahan. Sampai pagi aku lalui benda tue terus ajak suami aku pergi Hospital. Kitorg decide nak pergi cek dekat Klinik Norazian belakang Hospital Razif. Lepas cek memang doc dah confirmkan tue adalah contraction. Dea ada bagi surat refer Hospital, alang2 Razif dah dekat dan memang planning pun nak bersalin kat sana. Terus kitorg pergi jumpa Dr.Melissa. Dr Melissa ney baik sangat weyh. Very friendly. Setiap kali cek up aku pergi dekat dea.

Bila dea cek, dea cakap perjalanan masih jauh lagi ney sebab baru 1cm. Ntah kenapa aku happy dengar masa tue walaupun baru buka 1cm. Doc tue terlalu baik sampaikan dea sendiri yang tolong bukakan jalan untuk baby keluar. Pagi tue kitorg balik rumah macam biasa. Dan petang tue memang contraction berlaku. Start pukul 3 petang sampailah pukul 11 malam. Aku memang dah tak tahan, aku cakap dengan suami jom pergi hospital. Kitorg sesiap pukul 12tgh malam keluar.

Sampai kat sana, aku dimintak tukar baju dulu lepas tue terus di masukkan dalam wad. Open wad yea, bukan bilik. Satu perkara perlu tahu, Hospital Razif lepas pukul 9 malam dea tutup pintu utama. Kita kena naik tangga kea tingkat satu. Bayangkan aku tengah sakit nak bersalin kena naik tangga. Fuuuhhhh !

Cek in dalam pukul 12 lebih dan diantara 12-1pagi tue bukaan dah cecah 6cm. Diantara 1-2pagi bukaan dah cecah 7-8cm. Masa sakit contraction tue, hanya Allah yang taw. Sakit period yang 100kali ganda sakitnya. Dalam pukul 3lebih pagi aku ditolak kea labour room. Masa tue bukaan dah 9cm. Sebelum kena tolak tue, nurse mintak aku call husband. Apa jadahnya lah. Suami ada cakap kenapa aku yang call sebab dorang dah mintak contact number suami aku. Nasib aku ada credit masa tue. Call laki aku tak angkat, call mak mertua tak angkat call lah ayah mertua.

Laki aku sampai masa aku dah nak masuk labour room. Aku pegang tangan suami aku kuat2 sebab rasa sakit yang teramat sangat. Baby tak sabar nak keluar dah. Hehehe... Lepas aku struggle dalam labour room akhirnya pada pukul 4.02pagi hari Selasa 13.10.2015 bersamaan 29 Zulhijjah 1436H lahirlah warisan Nabi Adam Alaihisalam yang diberi nama Muhammad Akid Raid bin Mohammad Anwar.



Alhamdulillah. Lahir juga anak ibu ney. Rupanya anak ibu mengidam nak makan cekodok pisang yea sayang. Lepas jea akid keluar dari perut aku , ngam masa dorang bersihkan tak sampai 5 minit akid dah berak. Bayangkan kalau akid lambat sikit jea keluar. Mesti jadi lain kan.Heheheeh . 

Akid sekarang dah 3 bulan. Dah macam2 ragam dan... akid dah pandai meniarap. Mula meniarap pada umur 2m26day. Cepatkan anak ibu ney. Muhammad Akid Raid sentiasa dalam doa ibu. Tamatlah kisah kelahiran October Baby ney.

Lots of love,
NR