Wednesday, March 2, 2016

Majlis akikah dan cukur jambul



Assalamualaikum.


Pada 06.02.2016 hari sabtu yang lepas , berlangsunglah majlis cukur jambul dan akikah Muhammad akid raid yang aku dan suami decide nak buat di dewan bawah blok kami jea. Memula tue jenuh pikir nak buat kat mana. Nak senangkan semua pihak aku dan suami buat ditempat sendiri jea walaupun bajet agak lari, tapi why not kan. 

Segala persiapan majlis suami yang banyak cari maklumat. Kalau nak cari kambing untuk majlis akikah tue, aku tak pasti mana suami dapat sebab agak murah jugak kambing sekor dengan harga rm650. Suami decide nak buat lamsam dengan dua ekor siap katering gedebuk gedebak total makanan maybe dalam rm2k ++. Sebab kitorang decide kambing tue, dibuat golek jea.

Kalau bab goodies tue, aku jea lah yang pakar. Hehehe, yang lain tak amik pusing sangat sebab kita nak buat majlis akikah sahaja dan memang rezeki akid lah dapat banyak sponsor hari tue. Kalau tak harga majlis mengalah aku punya tunang dulu... 

Kebetulan hari 06.02.2016 musim cuti CNY cuti berturut jadi aku cakap dengan suami listkan tetamu 100 orang sahaja. Jadi makanan pun untuk 100 orang lahkan. Yang selebihnya orang memberi. Alhamdulillah, moga jasa baik kalian dibalas Allah. Itupun rezeki berlebih sampai kena tapau beb.

Tak ada banyak nak share bab ney, sebab aku tak ada information nak kongsi cuma sekadar nak bercerita jea.




Mak ayah pakai baju nikah jea nak ooii .. Jimat suami kata, sebab raya tahun ney kena membeli jugak, jadi kenapa tak bolehkan. Baju akid tue rompers baju melayu saiz 6-12m. Beli dekat ig yang aku dah lupa nama apa.


Esoknya (07.02.2016), terus kami potong rambut ciput akid tue. Orang cakap rambut anak tue jangan dibuang, simpan , timbang ikut harga emas dan duit tue sedekah pada orang yang tak kemampuan.




Tue saja cerita untuk hari ini. 


Lots of love,
NR