Thursday, August 27, 2015

Persiapan Baby and Mommy's



 Assalamualaikum,

   Hari nie saja nak share pasal persiapan anak and ibu ney. Aku mula beli barang barang anak bila kandungan cecah 3 bulan kea atas. Masa tue mula dah beli barang baby sikit sikit. Mula dari beli stroller, baju seluar. Tunggu lama sikit, search kat mana ada tempat buat expo atau ada memana jualan murah, aku pergi.


   Search jualan online untuk baby and ibu, makan masa juga nak buat pilihan. Aku banyak kan buat research untuk buat pilihan dan apa yang patut dibeli. Kang beli banyak banyak kang kopak pulak duit. Hahaha, beli mana yang perlu dan patut, tak cukup baru tambah kemudian.


   Baru baru ney ada jualan expo di IDCC dan SACC shah alam (21-23.08.2015). Barang barang semua dah ada, so masa kat expo, aku and hubby serbu dulu pampers anak. Tak menyempat nak datang hari sabtu, malam jumaat juga sampai sana. Balik kerja terus singgah, sampai dah tentulah waktu senja. Masuk dalam SACC, terus cari kawasan jualan pampers dulu.


   Survey sana sini, akhirnya hubby buat pilihan pampers Huggies walau sebenarnya Petpet lagi murah hookaaayy. Ntah kenapa ntah laki aku ney. Agaknya dia tengok huggies punya lagi menarik kot. Selepas tue aku mulakan lagi pencarian barang barang yang masih tak cukup. Yang tak ada dalam list pun aku ada beli juga, contohnya mandian herba untuk orang berpantang.


   Ntah, aku main beli jea. Tak ada plak buat research pasal tue, nanti aku tanya dekat biras aku macam mana yea. Hehehe.. dah puas jalan jalan kaki dah lenguh badan macam mintak nyawa, aku dok bising kat laki mintak balik. Dia plak yang over tawau satu tempat. 


   So sekarang, alhamdulillah barang barang anak semua dah ada. Barang barang aku jea lah ada satu dua tiga empat kea yang belum cukup. In shaa Allah, masa masih ada lagi nak mencari. Pesanan pada diri sendiri untuk masa akan datang, SILA SEDIAKAN SEMUANYA DARI AWAL.



Lots of love,
NR