Tuesday, July 28, 2015

Selamat Hari Raya



Assalamualaikum,

Hello semua, masih didalam mood raya lagi ney, sebabnya kita baru jea menyambut bulan syawal pada 17.07.2015. Alhamdulillah, syawal jatuh pada hari yang indah, jumaat. 

First raya berkampung dirumah suami di klang sampailah pada pagi raya kedua baru balik perak, my hometown. First pengalaman beraya bersama suami dan mertua. Alhamdulillah, semuanya berjalan sempurna.

Suami first time tido kampung oii ! rasa kelakar dan comel, sebak pun ada bila suami cakap pada mak pak anak sedara , " nuar dah ada kampung " .. Hahaha! suami sebelum ney mana pernah ada kampung. So bila dah berumah tangga ney, pengalaman lah pada dia.

Pengalaman beraya dengan suami, biasa jea. Alhamdulillah buat masa ney, dia nampak oklah walau pun sebenarnya dia agak kekok beraya di kampung. Bak kata mak mertua, biarkan ajar dia sikit cara hidup kat sana macam mana. Senang sama sama, susah biarlah sama sama.. aaawww.

Raya ketiga kami pakat balik KL dah, sebab nak beraya di banting di rumah mak sedara suami, dan hari hari seterusnya berlalu seperti biasa. Dan pada jumaat yang lepas 24.07.2015, sempat singgah di muar, johor.

Giliran kawan suami pulak yang naik pelamin. Alhamdulillah, mereka nikah pada pagi sabtu 25.07.2015 dan tengah hari nya tue, baru naik pelamin. Kami gelojoh datang awal sebab suami tanak terlepas majlis akad nikah sahabat baik dia. Ammbboii.. 


Johari dan Farhana

Selamat pengantin baru diucapkan, semoga kekal kea akhir hayat dan semoga cepat mendapat zuriat. Pada korang, SELAMAT HARI RAYA weyh !



Lots of love,
NR

Maternity things



Assalamualaikum,

Hello semua. Hari ney aku nak share dekat mana nak cari seluar maternity yang ohssem dan cantik? hahaha.. pada pandangan aku ok lah. Harga pun lebih kurang jea dengan seluar maternity scarlet yang selalu korang tengok di memana Aeon Jusco.

Korang pergi dekat link fb diorang ney, Super Mum & Baby World dekat situ korang boleh tengok pelbagai design seluar yang cantik cantik and ohhseem. Bukan seluar jea dia jual, segala barang pregnant dorang ada.

Mana yang duduk area kL and lembah klang tue boleh jea datang terus kea butik dorang seperti yang terdapat dalam fb tue. Kalau tak yakin dengan saiz seluar dorang ada fitting room untuk korang try.

Alamat:

14m, Jalan Pandah Indah 1/23a,
Pandan Indah, 55100 KL

Tel: 03-92026877

Ada lagi satu barang barang maternity yang korang boleh jenguk, Moms House Babyshop kat sini ada jual bra bra maternity yang cantik :) butik dia pun dekat jea, kat shah alam. Alamat macam apa yang ada dalam fb dia tue.

Alamat:

BLOK G-33-G, ALAM AVENUE, 
JALAN SERAI WANGI L16/L, SEKSYEN 16, 
40200 SHAH ALAM, SELANGOR

Dia banyak jual barang barang yang cantik dan rambang mata kalau korang tengok. So pada mummy's to be, boleh datang tengok tengok mana yang cantik dan pau duit suami.. hahaha

Lots of love,
NR

Monday, July 13, 2015

Sudah sampai di penghujung ramadhan



Asslalamualaikum,


Ramadhan dah nak meninggalkan kita. Rasa sayu jea hati. Tapi pada masa yang sama excited sebab nak menyambut raya. Banyak barang nak kena beli, yea lah nak siapkan rumah yang tak seberapa untuk tetamu nanti.

In shaa Allah, syawal jatuh pada hari jumaat 17.07.2015. Jatuh pada hari dan waktu yang sangat sesuai. Alhamdulillah semua persiapan raya dah cukup. Tinggal nak beli sikit barang untuk rumah pulak. Raya pertama nanti ada dekat rumah mak mertua di Klang. Raya kedua baru balik kampung di Perak.

First time nak sambut raya dengan keluarga besar. Husband plaakk first time nak beraya dekat kampung. Hahahaha , tak dapat bayangkan keadaan dia nanti. Macam mana lah rughpanya orang bandar sambut raya dekat kampung.

Kampung nenek jamban diluar. Almaklumlah pesen orang dulu dulu. Mandi diluar , buang diluar. Alhamdulillah, nenek masih dipanjangkan umur pada puasa tahun ney. Harap bump dapatlah jumpa dan kenal moyang dia.

Tengah bosan macam ney, aku sendiri pun tak taw nak karang apa lagi. Sebabnya kerja dah tak banyak. Yang tinggal pun overseas punya. iisssh ! saja bagi kes berat. Dalam nak habiskan waktu, tue yang merapu kat sini. 

Pagi tadi tak sempat nak bangun sahur, sebab letih sangat. Haraplah bump dan aku dapat bertahan sampai waktu berbuka. Puasa korang macam mana? Hehehe , dah tak ada benda nak merapu dah. In shaa Allah, kita jumpa lagi :)

Lots of love,
NR