Friday, September 9, 2016

Resepi Carbonara super simple


Assalamualaikum,



Aku saja nak share resepi faveret aku dari zaman kocik kocik lagi - Spaghetti Carbonara. Resepi nie aku pepandai sendiri ubah dari resepi asal yang ada di google. Hahahaha ... bukan ada secret recipe pun cuma saja nak karang kot kalau aku malas nak buka buku, aku tengok kat blog sendiri jea.


Bahan - Bahan


1. Minyak Zaitun (Olive Oil)
2. Bawang Besar dipotong dadu kecil. ( Aku guna bawang merah kecik jea)
3. Bawang Putih dicincang halus
4. Fillet/Isi Ayam di potong comel
5. Udang yang dah dibersihkan/disiang
6. susu full cream dutch lady (aku guna 1 botol kecik)
7. 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom 
8. lada hitam yang ditumbuk halus
9. 1 (&/or) 2 biji telur (Ikut kelemakan sendiri)
10. Parmesan Cheese
11. Paket spaghetti (aku pakai jenama San Remo (Angel Hair)
_________________________________________

12. Daun basil kering (Optional)

13. Garam (Optional)

Cara - cara


Rebuskan spaghetti dahulu bersama setitik dua olive oil selama 10-15mnt bergantung kepada kelembutan spaghetti. Olive oil membantu spaghetti dari terikat/melekat.

1. Panaskan olive oil ikut kesesuaian hidangan. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. Kemudian masuk kan isi ayam dahulu. Bila agak2 ayam dah masak, masuk kan udang atau sotong. ( yang ney tak boleh masak lama nanti keras dan mengecut)


2. Bila semua bahan diatas tadi dah masak, masuk 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom. Kacau sekejap dan masukkan susu full cream dutch lady. Yang nie aku masuk kan setengah botol susu jea. Kena pandai agak. 

3. Kemudian masuk kan black pepper & daun basil. Kacau dan biarkan masak seketika.

4. Spaghetti yang dah direbuskan tadi boleh terus dimasuk kan dalam kuah carbonara. AIr spaghetti tadi boleh dimasukkan sekali untuk memekatkan kuah. 
* Bab ney aku tak buat, sebab nanti cepat muak.. Bergantung pada selera dan situasi. 

5. Kalau kuah agak pekat, campur kan sikit bersama air. Garam boleh diletak mengikut rasa kuah tue sendiri. 
* Aku tak letak garam sebab segalanya dah cukup rasa.

6. Bila semuanya dah rasa OK dah ikut selera tekak , tutup api dan korang letak telur yang sudah dipukul siap. Gaul rata. Telur nie nak bagi rasa lemak dan ia akan masak sendiri dengan bahang dari hidangan. Kalau nak lagi lemak letak 2 biji telur.
* Aku hanya pakai satu biji telur sahaja. Jangan letak telur waktu api menyala, nanti akan jadi scramble egg pulak. Pastikan api dah tutup baru letak telur.

7. Akhir sekali letak parmesan cheese.

** Kalau letak parmesan cheese, jangan letak garam. Nanti akan jd masin. 


Selamat Makan.

Lots of love,
NR