Wednesday, October 19, 2016

Selamat Hari Lahir MAR ..


Assalamualaikum sayang ibu,



Terasa cepat masa berlalu dalam ibu tak sedar anak ibu dah genap usia setahun.

I'll miss the days i had to carry you everywhere, the days i could just wrap you in a blanket and carry you around my arms .. on my chest .. keeping you close to my heart .. listening to every breath you take .. every small movements you made ..


Ibu dan ayah doakan Akid menjadi anak yang soleh, diberi kesihatan yg baik dan sentiasa dilindungi Allah. Semoga akid sentiasa dirahmati dan berjaya dunia akhirat.

Akid jgn risau kalau ada another Raid's, you will always be my first love, forever and always.

One day i hope you get to read all this and smile and know how much we loved you and how much happiness you brought into our life's

I love u so much sayang. Mini me.
Happy birthday Muhammad Akid Raid 💕

Lots of love,
Ibu


p/s  Akid lahir pada 13.10.2015.

Friday, September 9, 2016

Perkembangan Muhammad Akid Raid


Assalamualaikum,

*Memory untuk diri sendiri

MAR lahir pada 13.10.2015. Lambat 6 hari dari due date 07.10.2015. Lahir tepat pada jam 04.02 pagi di Hospital Bersalin Razif, Klang. Kena ' sakit Kuning ' selama 1-2 hari sahaja. Rawat dengan cara Titis (titik) air anggur hitam di mulut, minum air halwa kundur (ambil sedikit saja, bancuh/kacau/goncang bersama air suam didalam botol susu), Mandikan bersama Nila biru.

Pada awal usia 1 bulan MAR alergic pada susu Similac (Hospital Razif bagi secara percuma), setiap satu jam akan buang air besar . Tempoh percubaan dalam masa seminggu sahaja. Alergic pada susu yang kedua, Lactogen .. Satu badan naik ruam . Tempoh percubaan dalam dua minggu . Pediatrician suggest Susu Enfalac A+ Rumusan Khas (Gentlease) dan berterusan sehingga MAR 6m+. Then we decide untuk tukar kepada Susu Enfalac A+ Step 1 (Kuning/Gold). Dan pada 9m+ we decide untuk tukar sekali lagi kepada Frisolac Step 2.

MAR boleh meniarap pada usia 2m26d dan pada usia 3m baru kuat untuk angkat kepala/dada sambil meniarap dan mula menjulur/melunjur pada usia 4m+

Mula tumbuh 2 batang gigi di bahagian bawah pada usia 7m+ selepas demam panas selama 4 hari diusia 6m dan bersambung pada minggu yang berlainan. Itulah demam yang pertama selepas lahir. Dan mempunyai 6 batang gigi secara keseluruhan.

Mula merangkak pada usia 8m dan boleh duduk secara sendiri pada usia 9m27d. Dan sekarang sedang cuba untuk berdiri secara sendiri pada usia 10m+. Lagi sebulan MAR akan masuk Setahun. How time flies ~

Cerita ini ditaip hanya untuk ingatan kepada diri sendiri. Blog aku suka hati aku lah. Kahkahkah.

Lots of love,
NR

Resepi Carbonara super simple


Assalamualaikum,



Aku saja nak share resepi faveret aku dari zaman kocik kocik lagi - Spaghetti Carbonara. Resepi nie aku pepandai sendiri ubah dari resepi asal yang ada di google. Hahahaha ... bukan ada secret recipe pun cuma saja nak karang kot kalau aku malas nak buka buku, aku tengok kat blog sendiri jea.


Bahan - Bahan


1. Minyak Zaitun (Olive Oil)
2. Bawang Besar dipotong dadu kecil. ( Aku guna bawang merah kecik jea)
3. Bawang Putih dicincang halus
4. Fillet/Isi Ayam di potong comel
5. Udang yang dah dibersihkan/disiang
6. susu full cream dutch lady (aku guna 1 botol kecik)
7. 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom 
8. lada hitam yang ditumbuk halus
9. 1 (&/or) 2 biji telur (Ikut kelemakan sendiri)
10. Parmesan Cheese
11. Paket spaghetti (aku pakai jenama San Remo (Angel Hair)
_________________________________________

12. Daun basil kering (Optional)

13. Garam (Optional)

Cara - cara


Rebuskan spaghetti dahulu bersama setitik dua olive oil selama 10-15mnt bergantung kepada kelembutan spaghetti. Olive oil membantu spaghetti dari terikat/melekat.

1. Panaskan olive oil ikut kesesuaian hidangan. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. Kemudian masuk kan isi ayam dahulu. Bila agak2 ayam dah masak, masuk kan udang atau sotong. ( yang ney tak boleh masak lama nanti keras dan mengecut)


2. Bila semua bahan diatas tadi dah masak, masuk 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom. Kacau sekejap dan masukkan susu full cream dutch lady. Yang nie aku masuk kan setengah botol susu jea. Kena pandai agak. 

3. Kemudian masuk kan black pepper & daun basil. Kacau dan biarkan masak seketika.

4. Spaghetti yang dah direbuskan tadi boleh terus dimasuk kan dalam kuah carbonara. AIr spaghetti tadi boleh dimasukkan sekali untuk memekatkan kuah. 
* Bab ney aku tak buat, sebab nanti cepat muak.. Bergantung pada selera dan situasi. 

5. Kalau kuah agak pekat, campur kan sikit bersama air. Garam boleh diletak mengikut rasa kuah tue sendiri. 
* Aku tak letak garam sebab segalanya dah cukup rasa.

6. Bila semuanya dah rasa OK dah ikut selera tekak , tutup api dan korang letak telur yang sudah dipukul siap. Gaul rata. Telur nie nak bagi rasa lemak dan ia akan masak sendiri dengan bahang dari hidangan. Kalau nak lagi lemak letak 2 biji telur.
* Aku hanya pakai satu biji telur sahaja. Jangan letak telur waktu api menyala, nanti akan jadi scramble egg pulak. Pastikan api dah tutup baru letak telur.

7. Akhir sekali letak parmesan cheese.

** Kalau letak parmesan cheese, jangan letak garam. Nanti akan jd masin. 


Selamat Makan.

Lots of love,
NR


Thursday, September 1, 2016

Review Slow Cooker Elba



Assalamualaikum,


Entry yang lepas aku buat review Shake n Take 3 and Mini Steamer  entry kali nie, nak review slow cooker elba plak. Slow Cooker ney aku beli di web 11 street. Aku pilih slow cooker elba nie sebab kebetulan harga dia murah . Kalau tak silap aku RM 76.00 sahaja. Dan masa tue aku buat survay memang harga elba nie lagi murah dari product lain dan dari web lain. 11 street jual murah sikit. Hehe.



Memang best sangat pakai slow cooker nie. Mudah dan jimat masa. Aku biasa guna untuk masak bubur nasi sahaja, tapi sebenarnya slow cooker ney boleh masak bermacam jenis makanan. Korang search lah sendiri apa yang slow cooker boleh buat ok .. 

Biasa waktu malam aku akan siapkan barang untuk dimasuk/masak dalam slow cooker. Untuk bubur akid, aku gunakan beras perang sebabnya beras perang nie kurang kanji, jadi pencernaan anak pun in shaa Allah takan ada masalah . So far akid makan beras perang memang tak pernah sembelit ..


Beras aku basuh bersih2 buat sukatan air, aku siapkan ayam/ikan salmon, potong segala jenis sayuran cantik - cantik lepas tue masuk kan semua sekali kat dalam. Kalau sayur bayam biasanya aku stimkan jea, sebab nanti kalau layu sangat kurang khasiat sayur . 


Set kan kepada " Slow " mode, dan biarkan dia masak sendiri sepanjang malam .. esok pagi korang bangun hasilnya seperti bubur Mcd .. Dulu masa Akid 6-7m memang aku kena blend nasi dia, lepas dah ada gigi bubur tadi aku hanya lenyek kan sikit - sikit jea sebab tekstur dia dah memang separa hancur dan lembut ..


Jadi memang puas hati aku beli tak rugi sebab kegunaan dia bukan hanya untuk masak bubur anak jea, makanan lain pun boleh .. Cuma kalau travel tue susah sikit . Kalau balik kampung kea, balik rumah mak mertua kea aku dah siapkan dulu bekalan makanan akid , cuma kalau habis tue, memang kena tanak atas dapur gas lah .. Hahahah ..


Lots of love,
NR

Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan pertama Akid dan persiapan raya



Assalamualaikum,


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua readers tak kira bangsa.. Ahaha. Kita kan satu malayssiiaa.

Tahun nie bagi aku special sikit dari tahun tahun sebelum belum dan sebelumnya. Dulu ngko membujang ditemani mak abah adik beradik sedara mara jea. Cuma beza tahun lepas ramadhan, rasa excited sebab dapat sambut dengan suami. Yealh baru pestime sambut puasa jadi laki bini, overlah sikit.

Tahun nie sebab adanya Akid, jadi aku lebih over excited dari tahun lepas. Muahahaha. Akid sepanjang ramadhan nie tak banyak kerenah. Macam biasa senang nak jaga. Cumanya bila waktu aku nak berperang kat dapur tue, seketul akid dah buat hal.

Mulalah nak suruh aku jadi Tarzan + Superwoman dalam satu masa. Anak aku nie jenis suka bebas. Tak suka duduk dalam baby coat tak suka orang pegang dia lelama. Kalau dah sampai masa dia kena 'berjimba' janganlah kau sibuk nak dukung kea nak tarik tali kea nak kurung kea. Melalak satu rumah, tanpa henti. *orangingatakuderanak *naknangistepipintu

Persiapan raya pun berbeza dari tahun lepas. Tahun lepas boleh lah nak melaram ngalahkan cheta tapi tahun ney semuanya sederhana. Segala kuih muih laki den request tak payah beli sebabnya tahun lepas tak ada sapa pun nak ziarah rumah weyh. Sudahnya kuih tue makan sendiri jea. *naknangis!

Tahun nie memang nampak pelaburannya kemana. Dengan ekonomi sekarang, susah sikit nak survive dengan gaji cukup makan. Rasa macam nak give up dengan Mr Raya. Tapi walau macam mana pun, dapat jugak merasa benda baru. 

Dengan perangai kawan yang macam HANJING tak reti nak bayar hutang. Adoii batal puasa tak sebut binatang tue?? Eh Eh Eh

Baju raya suami dan baju akid semua dah settle. Kalau kau tanya baju biasa untuk jejalan tue, bagi aku memang tak pernah cukup. Semua siap beli sebelum puasa. Gigih aku lawan sakit kaki semata mata nafsu. 

Kalau korang nak cari baju raya atau bags yang cantik yang kerllass yang lawa meletup boleh lah follow ig nie.

Instagram: arshop_line






Lots of love,
NR

Tuesday, May 3, 2016

Hukum Bg Orang Yang Sengaja Tidak Mahu Membayar Hutang?



Assalamualaikum,


Sebenarnya aku malas nak ulang cakap benda nie .. Kau dah berhutang kenalah pandai bayar .. Orang dah ikhlas tolong, tapi kau amek kesempatan macam nie .. Orang lain pun nak hidup dalam erti kata lain perlu hidup .. Jadi kenapa harus susahkan hidup orang lain atas sikap kau macam nie ??


Manusia pandai tabur janji, tapi susah nak tunaikan .. Dan susah nak cakap dengan orang yang sangat pentingkan diri .. Allahuakbar .. Jangan hanya pikir perut kau sefamily jea kena isi .. Marah aku tak taw lah nak cakap macam mana lagi .. Ibarat macam pengemis menuntut duit nak sara hidup .. Kau aniaya orang yang tolong kau .. Hanya Allah yang memahami .. Kau boleh buat aku macam nie, tapi kau lupa Allah tue ada .. Dan ingat doa orang teraniaya tiada HIJAB ! 

.......................................


Apakah hukum bg orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Bagaimanakah dengan amalanya,
Apakah hukum menganiayakan orang yang telah membantunya dengan ikhlas?

.........................................

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.   
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.   
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.   
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)

(Riwayat Ibnu Majah)
 Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.  (Riwayat Baihaqi)

..........................................


Apabila seseorang itu berhutang, bermakna dia mula meletakkan belenggu di batang lehernya, dan belenggu itu tidak dapat dilaksanakan, kecuali hutang tersebut dijelaskan. Kalau tidak sempat dijelaskan, hutang itu akan terus di bawa sampai ke hari pengadilan di akhirat. Yang mana ketika itu tiada lagi pembayaran dengan ringgit atau dolar, tetapi pembayaran dengan amalan-amalan kebajikannya. 

Bagaimana kalau tidak ada amalan kebajikan?, 

kita akan dihumban ke dalam api neraka. Demikianlah akibat tidak menjelaskan hutang. Oleh yang demikian, Islam menganjurkan antara perkara yang wajib di segerakan di atas dunia ini, selain dari jenazah hendaklah segera dikebumikan, dan anak perempuan yang dipinang orang hendaklah segera dikahwinkan, maka hutang-piutang hendaklah segera dibayar atau dilangsaikan, untuk mengelakkan terabai membayarnya. 
Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang, dalam ertikata lain , hutang adalah merupakan satu syarat untuk mendapat keredhaan Allah. Seseorang yang berhutang, hendaklah berniat dalam hatinya untuk menunaikan hutang tersebut, kerana Allah akan memudahkan baginya bila dia hendak menunaikannya. 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : 

[Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya]. 

Sabdanya lagi : 

[Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat: " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka di ambillah amal kebaikan orang itu, dan di berikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, di berikan pada orang-orang yang berhutang]. 
Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia, kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W : 

[Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya]. 

Abu Said R.a berkata : 

"Telah di bawa kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan, lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang?, Sahabat menjawab: Ya, Nabi bertanya: "Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya?, jawab Sahabat: Tidak. Nabi bersabda : "Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu, Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya. Kemudian Ali Bin Talib berkata: "Biarlah saya yang membayar hutangnya". Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkannya, lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya, melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak. 
Oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran, apabila mempunyai peluang untuk membayarnya. Perbuatan tersebut, adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah di atas perbuatannya. 

Sabda Rasulullah S.A.W. : 

Maksudnya : [Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya]. 



Lots of love,
NR