Monday, July 13, 2015

Sudah sampai di penghujung ramadhan



Asslalamualaikum,


Ramadhan dah nak meninggalkan kita. Rasa sayu jea hati. Tapi pada masa yang sama excited sebab nak menyambut raya. Banyak barang nak kena beli, yea lah nak siapkan rumah yang tak seberapa untuk tetamu nanti.

In shaa Allah, syawal jatuh pada hari jumaat 17.07.2015. Jatuh pada hari dan waktu yang sangat sesuai. Alhamdulillah semua persiapan raya dah cukup. Tinggal nak beli sikit barang untuk rumah pulak. Raya pertama nanti ada dekat rumah mak mertua di Klang. Raya kedua baru balik kampung di Perak.

First time nak sambut raya dengan keluarga besar. Husband plaakk first time nak beraya dekat kampung. Hahahaha , tak dapat bayangkan keadaan dia nanti. Macam mana lah rughpanya orang bandar sambut raya dekat kampung.

Kampung nenek jamban diluar. Almaklumlah pesen orang dulu dulu. Mandi diluar , buang diluar. Alhamdulillah, nenek masih dipanjangkan umur pada puasa tahun ney. Harap bump dapatlah jumpa dan kenal moyang dia.

Tengah bosan macam ney, aku sendiri pun tak taw nak karang apa lagi. Sebabnya kerja dah tak banyak. Yang tinggal pun overseas punya. iisssh ! saja bagi kes berat. Dalam nak habiskan waktu, tue yang merapu kat sini. 

Pagi tadi tak sempat nak bangun sahur, sebab letih sangat. Haraplah bump dan aku dapat bertahan sampai waktu berbuka. Puasa korang macam mana? Hehehe , dah tak ada benda nak merapu dah. In shaa Allah, kita jumpa lagi :)

Lots of love,
NR