Tuesday, July 28, 2015

Selamat Hari Raya



Assalamualaikum,

Hello semua, masih didalam mood raya lagi ney, sebabnya kita baru jea menyambut bulan syawal pada 17.07.2015. Alhamdulillah, syawal jatuh pada hari yang indah, jumaat. 

First raya berkampung dirumah suami di klang sampailah pada pagi raya kedua baru balik perak, my hometown. First pengalaman beraya bersama suami dan mertua. Alhamdulillah, semuanya berjalan sempurna.

Suami first time tido kampung oii ! rasa kelakar dan comel, sebak pun ada bila suami cakap pada mak pak anak sedara , " nuar dah ada kampung " .. Hahaha! suami sebelum ney mana pernah ada kampung. So bila dah berumah tangga ney, pengalaman lah pada dia.

Pengalaman beraya dengan suami, biasa jea. Alhamdulillah buat masa ney, dia nampak oklah walau pun sebenarnya dia agak kekok beraya di kampung. Bak kata mak mertua, biarkan ajar dia sikit cara hidup kat sana macam mana. Senang sama sama, susah biarlah sama sama.. aaawww.

Raya ketiga kami pakat balik KL dah, sebab nak beraya di banting di rumah mak sedara suami, dan hari hari seterusnya berlalu seperti biasa. Dan pada jumaat yang lepas 24.07.2015, sempat singgah di muar, johor.

Giliran kawan suami pulak yang naik pelamin. Alhamdulillah, mereka nikah pada pagi sabtu 25.07.2015 dan tengah hari nya tue, baru naik pelamin. Kami gelojoh datang awal sebab suami tanak terlepas majlis akad nikah sahabat baik dia. Ammbboii.. 


Johari dan Farhana

Selamat pengantin baru diucapkan, semoga kekal kea akhir hayat dan semoga cepat mendapat zuriat. Pada korang, SELAMAT HARI RAYA weyh !



Lots of love,
NR