Thursday, April 7, 2016

Anak dah boleh makan?


Assalamualaikum,

Minggu depan 13.04.2016 , anak bujang dah boleh makan. Umur sekarang pun dah 5m+ jadi aku rasa minggu depan tue dah boleh kot rasa solid food ney. Lagipun kalau ikut ibu2, memang biasa baby makan pada umur 6m. Jadi aku kelam kabut cari information kat mr google apa yang patut atau tak kita bagi pada anak untuk awal permulaan makan.

Aku rasa barang persediaan anak ney, tak banyak kot. Sekadar apa yang perlulah kan? Kea idok?

1.Pinggan/mangkuk & sudu garfu.
2.Bib
3.Blender 
4.Steamer
5.Baby food storage cups 
6.Rice cooker (slow cooker)
7.Kerusi
8.Food jar

Kalau senarai aku, yang kat atas tue lah. Tapi orang lain aku tak pasti. Ada macam jenis weyh food blender baby ney. Rambang mata cuma poket kau antara mampu dengan tak jea. Kalau ikutkan senarai aku,


Avent Philips
 Blender Avent ney , dorang cakap best and bagus. Tengok macam pic atas tue, kau terbalikkan jea benda alah tue bila kau nak blender selepas steam. Tak payah nak tunggu sejuk kea hapa .. Haa kan senang tue, saiz pun ngam jea. Tak gedabak tak kecik. Harga jea lah kau sanggup hadap kea tak. Rm400++-500++ kekadang Rm600++ up sampai Rm700++. *apasal suka sangat jual memahal eah.


Little Bean


Little bean ney function sama macam avent cuma saiz dea gedabak, yang kau nampak kosong tak ada bekas tue, untuk steamer.. Yang ada bekas tue, untuk blend. Tak pasti kena sejuk kan atau pun iddokk. Aku rasa kena kot sejuk kan dulu, kalau tak mesti dia dah buat sama sebijik macam avent, tapi dia asingkan. Harga little bean ney kalau tak silap Rm100++-Rm200+. Ok lah masih mampu kata orang. Tapi biras aku dah beli benda ney, kat butik tateh di shah alam tue. Tak kan aku pullakk nak makai benda yang sama. Nanti apa plak kata orang. *aku pun taw segan, nanti org asyik cakap meniru.



Baby Bullet

Antara bebanyak kan , aku kenan sangat dengan baby bullet ney. Sebab harga berpatutan. Korang cuba seacrh dekat lazada.com.my Lazada ataupun 11street . Adalah blender cute ney kat sana dengan harga yang berbeza. Memang kenan dan memang plan nak beli . Tapi sebelum beli memang aku ada google tengok review orang macam mana. Ada antara pengguna cakap Ok dan ada yang tak Memuaskan. Aku pun dah jadi was-was nak beli. 


Sebabnya semua bergantung pada nasib dan cara pemakaian. Kalau kena nasib aku tak ok, sudaaahh.. Mana nak caaikkk pengganti.. Sebab orang cakap spare part baby bullet susah sangat nak cari, jadi kenapa nak susahkan diri, walaupun kau cute terpaksa reject kau baby ooii.


Mini blender philips

Mini blender philips. Aku tak taw nama specific dea apa, aku panggil tue jea. Saiz dia kecik jadi korang boleh bawak kesana sini senang. Nak travel kt memana pun boleh. Sumbat jea kat dalam luggage korang settle dah. Tapi jangan lah sampai kena pecah plak, berjaga-jagalh yea. Harga murah dalam Rm100-200. Kalau tak silap ada dekat Lazada and 11street . Sebab aku selalu cari dekat dua tempat ney ja, kalau korang ada pilihan lain silalah buat pilihan sendiri. 


Blend ney tak khusus untuk makanan baby yea. Sebab benda ney macam blender biasa kita pakai untuk masak, cuma saiz mini jea. Tapi janganlah kau dah blend bawang cili bagai , lepastue tukar nak blend makanan anak. Jangan buat yea , kesian anak .. Kalau kau beli blender ney khas untuk anak, jadi khaslah untuk anak. Aku kenan jugak yang ney.


Akhir sekali....
Shake n Take
Shake n Take ney khas untuk buat jus. Kau blend buah segala bagai untuk dijadikan jus pakai blend ney lah. Tapi ada jugak aku buat research orang pakai blend ney untuk buat puree. Tekstur memang halus. *tengok dalam pic yang orang post.  Harga murah jugak kat Lazada & 11street . Jadi bolehlah kot kalau nak pakai benda ney.


Kalau bab blender ney jea lah yang dok mampu aku nak share, senang nak tengok balik masa akan datang. Kalau bab yang lain, kena pandai lagi buat survay. 


Lots of love,
NR