Friday, January 22, 2016

Hospital Bersalin Razif


Assalamualaikum.


Hari ney nak share pasal Hospital Bersalin Razif. Tempat aku berjuang lahirkan akid, yang aku datang buat check up dan macam2 lah kejadian yang tak duga.

Nurse dea ada yang baik ada yang so-so. Hahahaha, ikut nasib kau lah weyh. Kau bayar mahal kea lebih kea layanan dorang semua sama. Dan semua nurse hanya perempuan yea. Doc pun perempuan. Masa check up kau boleh request nak jumpa doc apa. Tapi masa kau nak bersalin kau tak boleh request nak doc mana, cuma kau boleh cakap kau nak doc perempuan jea.

Kalau tak silap owner dia Doctor Razif dan Wife dia Doctor Norana. Kalau masa check up kau nak jumpa doc razif pun boleh. Sebab ney kan Hospital pakar puan. Sejujurnya masa tue aku ada dua pilihan. Antara Hospital Umra di Shah Alam atau Hospital Razif di Klang.

Dah gaduh laki bini bincang tue ney, decide dekat Hospital Razif jea. Sebab antaranya adalah:

1.Kos bersalin normal start pada 01.08.2015 RM1800.
2.Check up paling minimum 2 kali dan harga dibawah Rm100
3.Harga check up murah
4. Orang tak berapa ramai pada weekday
5.Parking kereta tak ada masalah kalau emergency
6.Dekat dengan rumah mertua

Hospital Umra pun murah beb. Rm1600 normal. Ceaser Rm4000 lebih, yg ceaser sama macam Razif, normal jea lain. Dulu Razif harga utk normal Rm1600 tapi sebab apa ntah naik harga jadi Rm1800. Masa lahirkan akid pun lebih Rm10 jea. So total Rm1810 berbaloi lah dengan layanan dorang.

Yang sambut akid masa tue wife Dr Razif sendiri, Dr Norana. Ntah bila doc masuk labour room pun aku tak taw. Tapi doc ney baik taw. Sempat lagi bergelak lepas habis " kejadian".

Nak taw lebih lanjut korang boleh datang sendiri atau call Hospital ney.

Alamat:
No 33,35,37 & 39 Jalan Sri Sarawak 20A/KS2
Taman Sri Andalas, 41200 Klang

Tel: 03-33237394

FB: Link
Website: Link

Waktu Operasi:
Isnin - Sabtu: 8.00am - 9.30pm
Ahad: 8.00am - 1.00pm
Kes Bersalin: 24hour.

Lots of love,
NR